Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, 25 August 2013

TEGURAN UNTUK SEMUA..



duit rokok itu SUMBANGAN kpd negara HARAM ISRAEL..
~buat perokok2....bukan mahu berlagak baik tpi sekadar mahu menegur..tidk mampu menegur berdepan.... Nabi mengingatkan, “Katakan yang benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yang mencerca.” (riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari shahabat Abu Dzar)

hayatilah video ni..smoga kalian faham mngapa perlu brhenti merokok krna kalian pejuang2 agama Allah...islam x perlukan kita tapi kitalah yg perlukan islam...
kuatkan diri,mintalah bantuan Allah...

~Ya Allah lembutkan hati ku sebagaimana engkau lembutkan besi pada nabi Daud as.~

http://www.youtube.com/watch?v=NY3aDPi_rwA&feature=share

Monday, 19 August 2013


TANGISAN MESIR!!!


Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata,
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang,
Kamu berhimpun menuntut keadila dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi,
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona,
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah,
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal,
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah,
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Wahai Tuhan Kami selamatkan saudara seiman kami di Mesir sana 


Sunday, 11 August 2013


~JOM MUHASABAH~


Apabila lelaki dan perempuan berkawan
 tanpa sempadan dan halangan,
 akan semakin kuat cucukan syaitan
 dan akan mula hilang rasa malu pada Tuhan.

pesanan ini ditujukan kepada diri sendiri
 yang sering lalai dalam keseronokan dunia..

sahabat,ingatkan aku jika aku lupa,
ingatkan aku jika aku salah...