Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday 25 August 2013

TEGURAN UNTUK SEMUA..



duit rokok itu SUMBANGAN kpd negara HARAM ISRAEL..
~buat perokok2....bukan mahu berlagak baik tpi sekadar mahu menegur..tidk mampu menegur berdepan.... Nabi mengingatkan, “Katakan yang benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yang mencerca.” (riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari shahabat Abu Dzar)

hayatilah video ni..smoga kalian faham mngapa perlu brhenti merokok krna kalian pejuang2 agama Allah...islam x perlukan kita tapi kitalah yg perlukan islam...
kuatkan diri,mintalah bantuan Allah...

~Ya Allah lembutkan hati ku sebagaimana engkau lembutkan besi pada nabi Daud as.~

http://www.youtube.com/watch?v=NY3aDPi_rwA&feature=share

Monday 19 August 2013


TANGISAN MESIR!!!


Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata,
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang,
Kamu berhimpun menuntut keadila dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi,
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona,
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah,
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal,
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah,
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Wahai Tuhan Kami selamatkan saudara seiman kami di Mesir sana 


Sunday 11 August 2013


~JOM MUHASABAH~


Apabila lelaki dan perempuan berkawan
 tanpa sempadan dan halangan,
 akan semakin kuat cucukan syaitan
 dan akan mula hilang rasa malu pada Tuhan.

pesanan ini ditujukan kepada diri sendiri
 yang sering lalai dalam keseronokan dunia..

sahabat,ingatkan aku jika aku lupa,
ingatkan aku jika aku salah...


Monday 22 July 2013

Hadis Huzaifah al-Yamani ra

Sabda Rasulullah:

حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya:
Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.

Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

Friday 14 June 2013

SOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH


SOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH




1) Wajib Jihad untuk membantu saudara-saudara kita di Syria. Jihad melalui tubuh badan, kewangan dan menghantar senjata kepada mujahidin. Selain itu, diusahakan setiap cara lain untuk jihad dan bantuan kepada Mujahidin.

2)
Apa yang berlaku di Bumi Syam, dari pencerobohan teruk oleh Iran dan Hizbu Syaitan dan rakan-rakan mazhab mereka tindakan "mengisytiharkan perang" terhadap Islam dan setiap negara Islam bukan sahaja Syria.

3)
Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

4)
Jemaah Ulama Umat Islam meminta negara Barat, Islam, PBB, negara-negara teluk, pakatan islam dan Liga Arab mengambil pendirian yang berani dan jelas terhadap penceroboh mazhab dan perlu membantu Mujahidin secara terbuka dengan semua yang mereka perlukan terutamanya senjata dan wang.

5)
Memboikot semua negara yang membantu mereka seperti Rusia, China dan Iran (snake head). Wajib untuk mempunyai sokongan politik dengan melantik Duta dari rakyat Syria yang bersama perjuangan rakyat bukan sama sekali dari puak pembunuh.

6)
Wajib kepada semua umat Islam untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membalas dendam atas darah kanak-kanak Syria di tangan Iran.

7)
Menjemput semua pemikir, penulis, ahli politik dan media untuk memulakan menyokong perjuangan Syria dengan semua cara.

8 )
Mengingatkan tentera Basyar, haram untuk membunuh mereka yang tidak bersalah dan haram untuk menyokong kezaliman alim Bashar. Dan adalah wajib untuk menyertai Mujahidin terhadap kuffar.

9)
Mengingatkan PBB akan tanggungjawab Antarabangsa mereka terhadap apa yang berlaku di Syria. Meletakkan segala jenis tekanan ke atas mereka (Hizbu Syaitan dan Iran) kerana mereka mempunyai double standard dan kami mahu mendedahkan mereka kepada seluas-luasnya kepada umat Islam.

10)
Membantah tindakan memanggil Mujahidin di Syria sebagai pengganas atau pemberontak daripada mana-mana media Islam. Mereka Mujahidin dan Pejuang Kebebasan. Pada masa yang sama, mereka menutup satu mata tehadap jenayah dahsyat yang dilakukan oleh Iran dan sekutunya.

11)
Wajib ke atas semua Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bantuan Kemanusiaan untuk segera dan bekerja keras untuk membantu Syria. Menyediakan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan dan tempat tinggal. Dengan apa jua cara bagi membantu mereka sehingga mereka berjaya menentang musuh mereka.

Khamis 4 Syaaban 1434 Hijrah
Ulama Ummah Muslimin.
Kaherah,
Mesir.









Thursday 6 June 2013

EXAM MOOD ^_^


Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat...




  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

Saturday 18 May 2013

"SANG PENGEMBARA DUNIA...."

Siapa sang pengembara dunia itu???saya??kamu??dia??atau kita??hehe...

Jawapannya carilah sendiri....kita dilahirkan ke dunia ini utk melihat kebesaran Allah atas ciptaanNya yang sangat hebat dan berfikir akan betapa kerdilnya kita sebagai hamba yg tak punya apa2.

Walau sehebat mana pun kita berjaya dalam hidup ingatlah semua itu dari Sang Penguasa Yang Abadi...semoga kta menjadi hamba yg tahu bersyukur kpd Tuhannya....

Berjalan dan mengembaralah di atas hamparan bumi ini selagi kamu dberi kesempatan...carilah ibrah dan pengisian jiwamu sebagai bekal di akhirat kelak dgn melihat kekuasaan dan kehebatan ciptaan Ilahi..
kerana kita 
     'SANG PENGEMBARA DUNIA, YANG MATLAMATNYA HANYA  AKHIRAT SANA'...